CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 29 Januari 2012

~SyUkuR~

Syukur tak terhingga atas hidayahMu ke atas rakan-rakan seperjuanganku Ya Allah :)

Tunjukilah mereka jalan yang benar dan biarlah mereka sentiasa bersama orang-orang yang beriman.

Amin.

Jumaat, 27 Januari 2012

~KiSah PerJalanaN HiDupKu Part 1~

Assalamualaikum wbt

Setiap orang pasti mempunyai jalan cerita masing2. Begitu juga diri ini. Cerita ini bukanlah untuk meraih simpati atau mencari publisiti tetapi ianya sebagai pengajaran dan tauladan untuk diri ini dan orang lain juga. Perjalananku bermula...

Hari pertama tiba di sebuah pusat pengajian tinggi swasta sbg tempat melaksanakan program foundation sungguh mendebarkan. Kelihatan rakan2 yang sebaya denganku tiba bersama ibu bapa masing2. Hati ku semakin bimbang. "mesti pandai2 ni. Cuak la"

Setelah proses pendaftaran selesai, kami dibawa ke rumah penginapan. Kami diberitahu bahawa setiap hari akan ada bas yang mengambil kami dari tempat penginapan kami. Hatiku lega kerana tidak perlu berebut-rebut menaiki kenderaan awam. Tidak mahu kejadian masa silam berulang kembali. Sekali sudahlah. Sesampainya di rumah yang telah ditetapkan, aku takut kerana tidak mempunyai teman dari bangku sekolah yang sama. Kenalan baru. Masing2 dengan gaya dan gelagat tersendiri. Resah. "aduh, kena buat rakan sekali lagi.tak apalah, kan best ramai kenalan." sengaja mahu menyedapkan hati. Setelah ibu bapaku pulang, aku bersendirian. Menyudahkan kerja menyusun pakaian dan peralatan. Alhamdulillah kehidupanku di rumah tersebut serba sedikit banyak mengajarku erti persahabatan, kesabaran, ketabahan, berdikari dan byk lagi.

Setiap hari ku tempuh dengan berkat doa ibu bapaku. Setiap kali peperiksaan bagi setiap sem berlangsung, pasti ayahku akan berpuasa. Bangun malam. Memohon agar semuanya lancar bagiku. Ada satu kali, barangkali sem terakhirku, selesema ku berterusan, teruk. Esok periksa. Malam itu juga ayah dan ibuku menghantar ubat selesema dan lelah untukku. Bimbang aku tidak dapat belajar untuk periksa esok hari. Tatkala memikirkan hal itu, hatiku tersentuh. Sayang sungguh mereka terhadapku. Sungguh! Banyak lagi perkara yang mereka lakukan untukku. "Ya Allah aku bersyukur padaMu atas kurniaMu terhadapku." Pintaku padaNya. Pernah suatu ketika, masalah tentang seorang kawan merundungku. Hati ini sering sahaja tidak tenteram. Diri ini tahu, masih jauh lagi perjalananku. Banyak lagi yang perlu ku tempuh. Alhamdulillah, Akhirnya keputusan dibuat. Cukuplah setakat ini. Alhamdulillah Allah memberiku kekuatan dan petunjuk menghadapi semua ini. Doa ibu tidak ketinggalan. Semua masalahku, diceritakan pada ibuku. Tidak satu pun ku rahsiakan.

Setelah setahun berlalu, keputusan akhir peperiksaan keluar. Alhamdulillah, keputusanku lepas untuk melayakkanku pergi ke Poland. Hatiku memanjatkan kesyukuran padaNya atas kurniaanNya. Waktu itu sudah masuk bulan 8 tahun 2010. Kebiasannya pelajar2 ke poland akan bertolak ke sana pada akhir bulan 9atau awal bulan 10. Perasaan gemuruh berbaur risau memenuhi segenap ruang hatiku. Manakan tidak, tidak pernah ku rasakan jarak pemisah yang begitu jauh antara diriku dan keluargaku. Namun, hati digagahi jua. Memohon kekuatan dari Nya itu satu kemestian iA. Masuk bulan ke 9, tiada berita dikhabarkan oleh pihak uni. Hatiku risau. Pada suatu petang, satu panggilan dari temanku yang akan turut bersamaku ke Poland diterima olehku.

Teman: assalamualaikum dijah.
Saya: waalaikumussalam ye.
Teman: nak tnya ni, dijah ada dapat panggilan dari miss A?
Saya: xde pulak. Kenapa? Ada pape ke?
Teman: xde. Tadi miss A call sy, dy kate......

Temanku itu meneruskan percakapannya. Kedengaran suaranya teresak2, baki dia menangis sebelum dia menefonku. Tatkala dia menyatakan bahawa universiti di poland tidak dapat menerima kami, jatuh berguguran air mata ini. Hatiku hancur. Luluh. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Lebur. Segala harapan lenyap secara tiba2. Dikala itu kami diberi dua pilihan oleh pihak universiti(tmpt kami membuat foundation). Pilihan pertama; sambung ke sebuah universiti di Bangalore selama 5 thun, universiti tersebut di bawah universiti yang sama kami membuat foundation. Pilihan kedua; sambung setahun uni di Bangalore dan pergi ke poland pada tahun berikutnya iaitu september 2011. Sukar bagiku untuk membuat pilihan. Pilihan pertama, sudahlah kami dipermainkan oleh pihak universiti, sudah tidak mahu kami mengambil risilo sekali lagi diperlakukan sebegitu rupa. Pilihan kedua, jikalau pada tahun hadapan mara tidak mahu menukar kontrak perjanjian, kami akan meneruskan pengajian di universiti di Bangalore. Kedua-dua pilihan mempunyai risiko masing2. Buntu. Tidak tahu apa yang perlu aku pilihkan. Solat istikharah dilakukan bagi mendapatkan petunjuk dariNya. Sementara ayah dan ibuku serta ibu bapa kawan2 yang lain berusaha ke pajabat Mara bagi mendapatkan tempat yang terbaik buat kami semua. Usaha demi usaha, idea demi idea dikeluarkan dan dicadangkan kepada pihak mara. Syukur kerna pihak mara sanggup untuk menebus kesalahannya. Kami diberi peluang untuk pergi ke mana sahaja yang kami mahu. Pada masa itu, hanya universiti2 di australia dan new zealand sahaja yang masih dibuka tawaran kemasukan ke sekolah perubatan. Jadi kami memohon untuk pergi ke sana. Mara memohon bantuan agent baru(B) kerana agent mara tidak sanggup menguruskan kami kerna kami sudah terlalu lewat untuk memohon memasuki sekolah perubatan di oz dan nz. Syukur yang tidak terhingga kerna kami mendapat tawaran untuk memasuki sekolah perubatan di University of Tasmania(utas) dengan syarat kami membuat ISAT(international student admission test) dan melepasi requirement pihak sekolah perubatan. Namun, rezeki kami tiada. Kesemua kami tidak lepas tahap minimum yang diperlukan. Maka kami masih diterima untuk memasuki sekolah perubatan dengan syarat. Kami dikehendaki membuat satu tahun dalam bidang Biomedical Science dan mendapat aveage distinction dalam peperiksaan serta melepasi requirement ISAT. Kami akur dengan syarat yang diberi. Setelah itu, urusan visa dan sebagaimya dilaksanakan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Berakhirnya part 1. insyaAllah akan bersambung pada bahagian seterusnya. sy buat part2 ni sebab ceritanya panjang sangat ;) jenuh nak baca sekali cerita je..hehe


take it easy ok! :)




~DuNia~

Bicara al-Hassan al-Basri

"Sesungguhnya perumpamaan di antara dunia dan akhirat adalah seperti timur dan barat. Apabila kamu semakin hampir kepada salah satunya bererti kamu semakin jauh dari yang satu lagi."

" Dunia merupakan suatu tempat yang pada awalnya adalah kepenatan dan penghujungnya adalah kebinasaan. Perkara halalnya mengandungi perhitungan, manakala perkara haramnya pula mengandungi pembalasan seksa. Sesiapa yang merasakan dirinya telah mencukupi dengan apa yang ada dalamnya bererti dia telah tertipu. Manakala sesiapa tang merasakan dirinya sangat memerlukan kepada apa yang ada dalamnya, dia akan bersedih."

Marilah kita bersama-sama mengejar akhirat di samping kita manfaatkan hidup di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi. InsyaAllah.

Salam ukhuwah ~

Sabtu, 21 Januari 2012

~inDeEd~

It is indeed that every cloud has its silver linings.

Sesungguhnya Allah timpakan sesuatu ke atas seseorang hamba setimpal dengan kemampuannya.

Allah! Berikanku kekuatan.

Jumaat, 20 Januari 2012

~A reMinDeR~

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.

Aku memikirkan tentang semua pakaian tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada taqwa.

Aku merenungkan tentang segala jenia amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik.

Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar.


-Umar Al-Khattab-

Sabtu, 7 Januari 2012

~No titLe~

Oh Allah help me.