CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label ISLAM aGamaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISLAM aGamaku. Papar semua catatan

Khamis, 18 November 2010

~FadHiLaT YASSIN~

Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim...

Yassin?

mungkin selama ini kita hanya sekadar membacanya setiap malam jumaat..

atau pada malam2 selainnya...

ia bukanlah sesuatu yang wajib untuk dibaca pada malam Jumaat...

walhal,membacanya merupakan sesuatu yang mulia,kerana sesungguhnya Yassin itu hati Al-Quran...

banyak fadhilat yang kita boleh peroleh denagn membaca surah Yassin...

mahu tahu???(lihat bawah) :)




Rasulullah SAW bersabda:
"bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",iaitu

1.jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh

2.jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut

3.jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya

4.jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya

5.jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan siksanya

6.jika orang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya

7.jika dibacakan kepada orang sakit, terhindar daripada penyakitnya

8.Rasulullah SAW bersabda : "sesungguhnya setiap sesuatu mempunya hati dan hati Al-Quran itu ialah surah Yassin. sesiapa membaca surah Yasssin, nescaya ALLAH menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali

9.sabda Rasulullah SAW lagi: "apabila datangnya ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan ALLAH, menyaksikan ketika mayatnya dimandian dan turut menyembahyangkan jenazahnya."

10.Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaaanya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

11.Rasulullah SAW bersabda selanjutnya:"Sesiapa bersembahnyang sunat dua rakaat pada malam jumaat,dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, ALLAH jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada Hari Kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang munafik"

meskipun, hadis2 yang dikemukan tidak diketahui kesahihannya,namun,banyak pahala yang kita peroleh dengan mengamalkannya.bukan menjadikannya sabagai satu kewajipan tetapi sebagai salah satu usaha untuk mendekatkan diri kepadaNYA.

ikhlaskan hati kita dalam membaca Al-Quran.

sesungguhnya Nabi Muhammad SAW ada bersabda:
"barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitab ALLAH, maka baginya satu kebaikan. dan satu kebaikan (digandakan) dengan 10 kebaikan seumpamanya.tidak aku katakan 'Alif Lam Mim' itu satu huruf.tetapi 'Alif" satu huruf,'Lam' satu huruf,'Mim' satu huruf."

(Riwayat at-Tarmizi)

moga kita mendapat petunjukNYA,insyaALLAH...

salam ukhuwah~





Sabtu, 13 November 2010

~12 BarisAn MeNujU ke AkhiRAt~

Assalamualaikum wbt

sekadar perkongsian utk hari ini,insyaALLAH..

sama2lah kita saling ingt-mengingati...

Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".

Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".


Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.

"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."

Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.


Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking

"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.

Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.


Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut

"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.


Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar

"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.


Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.


Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.


Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.

Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".


Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.


Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.

Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.


Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.

Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.

Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


salam ukhuwah~

~DenYut KasiH MeDik~


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

'long time no talk',words dat are used when people have not been talking for a quite some time...

not suitable for me to write,heh...

it's more appropriate if i write 'long time no write' :D

wut am i going to write is about a novel...

hurm,prabably dah lambat nak tulis psl novel ni,but i'm still thinking i should write bout it..can I?

DENYUT KASIH MEDIK



dats the given title by the author;Dr. Farhan hadi

at first,i was introduced bout dis novel by one of my studymates in MSU,Ammar Azizi..

thanks to him :)

novel ini sangat memberi inspirasi utk bakal doktor...

banyak hadith2,panduan y boleh kita manfaatkan bersama...

ia menggabungkan fiqh perubatan,fiqh wanita dan fiqh cinta.sungguh!!dunia perubatan kini masih banyak y perlu dperbetulkan,especially in our country where umat ISLAM diami,tinggal.banyak kepincangan y masih berlaku di dalam hospital.

kerjaya sebagai seorang doktor bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kesihatan manusia malah lebih dari itu.doktor bukan sahaja perlu tahu memberi suntikan kepada pesakit,memberi nasihat dari segi kesihatan mereka,bukan,bukan.

DOKTOR ada tanggungjawab yang lebih besar daripada itu.apa dia??

ya!sbg doktor kita juga perlu memberi suntikan rohani kepada pesakit dan juga keluarga pesakit.bagaimana??

hurm,susah ingin saya perkatakan di sini,tapi mgkn ini kebenaran y perlu kita terima. kadang2 kita tidak sedar bahawa ramai di kalangan kita masih tidak sedar akan tanggungjawab kita kepada ALLAH semasa kita sakit.mereka lupa untuk menunaikan perkara pertama y akan ditanya sewaktu dibangkitkan selpas alam barzakh,iaitu di padang mahsyar.pelbagai alasan yang dikemukan,namun selagi tiada perkara y boleh membatalkan sah nya solat kita,kita tiada alasan utk meninggalkannya.

oleh itu,doktor bertanggungjawab memperbetulkannya.kita bukan sahaja seorang doktor,malah sebagai da'i yang perlu mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar.insyaALLAH.

ilmu yang mendalam tentang ISLAM perlulah ditimba semahunya.

menuntut ilmu merupakan fardhu ain bagi umat ISLAM.maka,wajib bg kita utk mencarinya. bukan setakat ilmu fardhu kifayah.ilmu farhu ain juga perlulah dikejar, dibawa dan disimpan seiringan dengan ilmu fardhu kifayah.

sbg penutup,insyaALLAH selagi hayat dikandung badan,marilah bersama2 menegakkan agama ALLAH ini.tidak kira lingkungan kerjaya mana kita berada.

maaf andai ada tutur kata y tidak difahami.hee~

xreti nak ghoyak gapo...hanya meluahkan ap y trlintas d fikiran. :D

salam ukhuwah~