CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 19 September 2012

~ZaMan Kini~

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah setelah sekian lama diri menghilang, dapat juga saya menukilkan satu lagi post. Semoga bermanfaat.

Saban hari saya tertanya-tanya, masihkah ada sinar untuk Islam? Andai soalan ini ditanya pada awak, apa jawapannya? Menurut saya, saya yakin bahawa Islam akan menang. Allah telah berkata,

' Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam' (Ali Imran; 19)

Namun, adakah ayat itu telah menjamin segalanya?? Adakah ayat itu membuatkan kita rasa Allah akan memberi kemenangan pada Islam andai kita hanya duduk berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa. Tidak, tidak sama sekali. Melihat keadaan ummah yang kian parah terutamanya di Malaysia membuatkan hati rasa sayu. Mampukah saya untuk memperbaikinya? Allah...kerdil sungguh hambaMu ini. Namun, Allah telah berfirman,

'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada mereka' (Ar-Rad;11)

Maka, setiap hari, hati kecil ini berdoa agar Allah memberikanku kekuatan untuk melakukan sesuatu. Sesuatu yang mungkin memerlukan pengorbanan yang besar. Sesuatu yang mungkin memerlukan saya bekerja terus menerus siang malam bagi memberikan sinar pada perjuangan ini. Allah, andai hatiku lemah, maka kuatkanlah hati ini. Andai hatiku lalai, maka ikhlaskanlah niatku. Andai hatiku rasa sedih, maka damaikanlah Ya Allah kerna aku yakin pada firmanMu

'Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita' (At-Taubah; 40)

Ditambah dengan video 'innocence muslim' yang menghina tokoh idola saya, NABI MUHAMMAD, sangatlah meruntun hati. Sakit. Perit. Allah! Kenapa mesti sekejam itu?

Maka, marilah kita bersama-sama, bergerak dan meneruskan perjuangan/sunah yang baginda tinggalkan pada kita. Semoga Allah redha. Allahu Akbar!

Salam ukhuwwah~


Jumaat, 25 Mei 2012

~SeSuaTu~


Subhanallah! Sungguh saya rindu bunga ini :')


Assalamuaalaikum wbt.

Alhamdulillah peperiksaan semester 1 baru sahaja tamat. Semuanya Alhamdulillah berjalan lancar, kuasa Allah. ok, back to my story here in india :). Sungguh kehidupan di sini banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih baik, lebih berjaya, alhamdulillah. Setiap hari yang saya lalui di sini banyak mengajar saya erti seorang manusia, hamba Allah yang bersyukur. Setiap hari, setiap kali pergi ke dan pulang dari kelas pasti ada perkara yang menarik perhatian saya. The people around here really teach me 'something' about life. 





Di sini, saya dapat lihat bagaimana kaum wanita mempertahankan pemakaian saree meskipun mereka menyapu sampah, mencabut rumput di tengah-tengah padang atau melakukan kerja apa sekalipun. Walaupun kita fikir pemakaian saree agak menyukarkan bagi kita untuk membuat kerja, namun itu tidak berlaku pada kaum wanita di sini. Mereka masih boleh melakukan kerja seperti biasa. Dapat saya kaitkan dengan kehidupan kita as a muslim bahawa kita perlu hidup dengan Islam tidak kira apa keadaan sekalipun. Tatkala senang, mahupun susah. Ayat Al-Quran ada berbunyi:


 ' Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semuanya ke dalam Islam secara kaffah dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya dia itu musuh yang nyata bagimu.' (Al-Baqarah 208)


Ayat AQ telah menyatakan bahawa, sebagai seorang Islam kita perlulah masuk secara menyeluruh. Jangan kita pilih benda yang memudahkan bagi kita, kita ikut. Benda yang menyusahkan kita, kita tolak. Pada saya, banyak contoh yang boleh kita lihat. Satu benda yang saya boleh kongsi ialah dari segi pemakaian. Islam telah melandaskan cara-cara pemakaian yang dibenarkan dan tidak. Mungkin pada sesetengah orang (Islam or not) menganggap cara-cara yang dilandaskan itu menyusahkan or 'kuno'. Tapi bagi saya, sungguh, yang Islam gariskan banyak faedah yang boleh kita dapat. 



Pernah satu hari, kawan saya yang bukan muslim pulang dari membeli belah pada waktu tengah hari. Mereka melihat saya dan Nabilah keluar menuju ke kedai makan. Then, mereka tegur,


" U guys untung la pakai baju lengan panjang, tutup semua. Kami habis 'burn' kena sunlight."



See..Islam itu indahkan :). Saya tersenyum mendengar pernyataan mereka itu :D Allah Maha Besar! Sungguh, syariat yang Allah aturkan untuk hambaNya sebenarnya memberi manfaat dan bukan mudharat :)

Sungguh banyak lagi yang saya pelajari saban hari. Tapi, xnaklah tulis semua dalam satu post. Nanti panjang sangat pulak..hehe. 

Akhir kalam, semoga hari ini lebih baik dari semalam insyaAllah.

salam ukhuwah :)
 

Khamis, 5 April 2012

~KiSah PerJalanAn HiduPkU paRt 5~


Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah kerana saya masih diberi nikmat dariNya untuk bernafas di atas muka bumi India ini. India? macam mana boleh sampai India..Haaa, saya rasa ini adalah penutup kepada kisah saya yang rasanya panjang berjela saya tulis....asif, andai memenatkan. Niat saya cuma satu iaitu semoga ia dapat memberi pengajaran kepada yang lain biiznillah :)

Hmmm..saya kira pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa saya katakan ini adalah yang terbaik untuk saya setelah JCU menolak permohonan kami. Sebenarnya, keputusan ini telah Allah berikan pada saya sebelum saya terbang ke Australia. Masih ingat tak saya katakan kami diberi pilihan untuk pergi ke India? Waktu itu, saya benar2 memohon petunjuk dari Ilahi agar memberikan saya jawapan. Alhamdulillah Allah berikan. Dalam petunjuk itu, saya nampak saya berada di kawasan yang penuh dengan orang susah dan miskin dan memang jelas pada waktu itu saya berada di India (habis petunjuk).

Namun, pada waktu itu, saya perlu mengikut keputusan majoriti untuk pergi ke Australia.Maka, terbanglah saya ke sana dan menjalani sehari-harian di sana. :)





Ok, sekarang berbalik pula pada soalan 'macam mana boleh ada kat India?'

Sewaktu kami diberitahu bahawa UTas tidak menerima permohonan kami, ibu dan ayah kami ade membuat perhonanan di universiti2 di Malaysia (IPTA dan IPTS). Memandangkan IPTA memerlukan kami untuk membuat asasi untuk satu tahun, kami menolak untuk memohon IPTA. Dan kami memohon untuk memasuki Melaka-Manipal Medical College (MMMC). Syukur, permohonan kami diterima tanpa sebarang kesukaran :).

Tanggal 11 Mac 2012, saya dan Nabilah Syahirah menjejakkan kaki ke Manipal, India. Alhamdulillah kerana kami selamat tiba di Manipal. Perjalanan kami yang bermula di KLIA-Chennai-Mangalore-Manipal. Dari Mangalore, kami menaiki bas menuju ke Manipal. Sungguh, saya kira perjalanan ke Manipal, banyak mengajar saya erti kehidupan, erti kebesaran Allah. Sepanjang perjalanan, hanya satu ayat AQ yang bermain di fikiran saya 'tidak Allah bebankan seeorang dengan dugaan melebihi kemampuanya'. Tatkala mata saya memandang ke arah sekeliling saya, saya dapat lihat kesusahan dan kesengsaraan yang dihadapai oleh penduduk di situ. Setiap kali saya memandang keadaan mereka, hati saya sering berbisik 'andai aku di tempat mereka, pasti aku tak tahan'. Sungguh, Allah Maha Besar. Maha Mengetahui kelemahan hamba-hambaNya.




Now, kita sambung tentang kehidupan di Manipal. Alhamdulilah, saya dipertemukan dengan senior2 yang baik2. Kawan2 yang baik, meskipun mereka berlainan agama dari saya. Di Manipal, ini merupakan kali pertama saya satu kelas dengan indians n chinese. N saya boleh lihat perbezaan antara kami. Di sinilah saya sedar yang menjadi seorang wanita muslimah itu sangat indah dan istimewa. Terjaga. Tersimpan kemas. Tidak terusik selagi belum sampai masanya. Lafaz syukur yang tidak terhingga saya panjatkan pada Allah kerana lahirkkan saya sebagai seorang muslimah wanita dan mempunyai keluarga yang berpegang pada jalanNya :).

'Ya Allah pertemukanlah kami di SyurgaMu.'

salam ukhuwah~


Selasa, 21 Februari 2012

~Kisah PerJalanaN hidupkU Part 4~




Hari-hari yang berikutnya kulalui seperti biasa. Maklum balas dari UWS masih tidak ku terima. Hatiku bimbang lalu aku memberitahu ayahku. Setelah dipastikan dengan agent C, mereka memaklumkan bahawa ada borang permohonan kosong atas namaku yang dihantar oleh agent B dan disebabkan itu pihak universiti tidak memberikan maklum balas padaku. Satu lagi musibah yang menimpa diriku. ‘Kenapa agent B sanggup berbuat begitu padaku? Apa salahku?’ Allah. Dengan berita tersebut maka lenyaplah satu peluang untukku di Australia. Dan sekali lagi air mata ini mengalir laju. Ya Allah besarnya dugaanMu padaku. Kuatkanlah hatiku. Pintaku pada Sang Pencipta saban hari.

Ku gagahkan hati melalui hari-hari seterusnya. Peperiksaan akhir semester pun menjengah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancer. Allah mempermudahkannya bagiku, sungguhpun ia tidak diperlukan bagi memohon mana-mana university. Tidak mengapalah. Ini amanahku. Aku akan berikan yang terbaik, insyaAllah.

Tanggal 11 november, kami pulang ke Malaysia, tanah airku yang tercinta. Sesampainya di LCCT, kedua ibu bapaku sudah menungguku di sana. Terukir senyuman di wajah mereka. Sungguh! Wajah-wajah ini yang begitu ku rindu. Erat pelukan ibuku. Kami kemudian pulang ke rumah, berjumpa dengan sanak saudara yang lain. Syukur kerana aku masih diberi kesempatan berjumpa dengan mereka lagi.

Satu hari, agent B memberitahu bahawa saya dan kawanku lagi seorang, Nabilah Syahirah mendapat peluang interview stage 2 oleh JCU dengan syarat kami perlu melakukan IELTS dengan kesemua components mendapat 7.0. IELTS sebelum ini markah kami tidak begitu tinggi. Harapan tidak kuberikan terlalu tinggi. Tidak mahu kecewa. Sebelum itu, dua orang lagi kawanku, aliah dan dhila telah selesai di’interview’ oleh JCU dalam interview stage 1. Sudah rezeki mereka, akhirnya mereka mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke JCU dengan syarat yang sama. Kami bersama-sama pergi ke kelas preparation IELTS bagi memperoleh keputusan yang diperlukan.

Sebelum peperiksaan IELTS berjalan, agent B memberitahu saya mengenai keputusan interview JCU stage 2. JCU memaklumkan bahawa kemasukan ke JCU telah penuh bagi medical school, jadi kami tidak berpeluang ke sana. Tatkala mendengar berita itu, hatiku cukup tenang. Tidak ada yang ku kesalkan. Syukur Alhamdulillah, Allah berikan keputusan yang terbaik bagiku.

Nak tahu kenapa ia terbaik bagiku? Nantikan part seterusnya :)

Selasa, 14 Februari 2012

~KiSah PeRjalaNan HiDuPku Part 3~


Setelah permohonan dibuat, rakan2 ku yang lain mendapat maklum balas dari UWS tetapi tidak untukku. ‘tidak mengapalah. Mungkin nanti adelah tu.’ Sengaja ku mahu menyedapkan hati. Tidak lama selepas itu, kami mendapat tahu bahawa UWS meminta kami mengambil IELTS. Ohhh, pahitnya. Tatkala itu kami bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Walaubagaimanapun, persediaan tetap dilakukan. Sungguh, perasaanku bercampur-baur. Risau. Kami Cuma mempunyai 2 minggu sebelum IELTS berlangsung ditambah dengan peperiksaan akhir semester beberapa minggu lagi. Kalut. Setiap malam digagahkan jua memohon kekuatan daripada Sang Pencipta.

24 september. Hari yang ditunggu-tunggu muncul. Kami memulakan langkah kanan keluar dari rumah menuju ke dewan peperiksaan. ‘Allah, tenangkanlah hati.’ Peperiksaan IELTS pada pagi (listening, reading, writing) itu berlangsung dengan baik sekali. Pada sebelah petang, ujian speaking akan dijalankan. Sewaktu tiba masaku petang itu, langkah kanan aku melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Pada awalnya, perbualan aku dan pemeriksa baik. Sampai di section 3, lidahku kelu. Perkataanku tunggang terbalik. Jawapan yang diberi tidak menepati soalan yang diberi. Setelah lebih kurang 15 minit, ujian speaking tamat. Keluar sahaja dari dewan peperiksaan, laju sahaja air mata ini mengalir. ‘Allah, kuatkan hatiku. Redhakanlah hati ini dengan keputusanMU. Aku tawakal padaMu.’ Acapkali doa ini dibaca di dalam hati. Tatkala itu juga, aku menelefon ibu bapaku. Mengadu tentang perihal peperiksaan IELTS. Hatiku tenang setelah mendengar nasihat dari ibu bapaku. Syukur Alhamdulillah.









Aku melangkahkan kaki pulang ke rumah berjumpa dengan rakan-rakanku yang lain. Senyuman masih terukir dibibir, tidak mahu rakan-rakanku menghidu kesedihan yang menguasai diri. Namun, aku hanya manusia biasa. Tidak tertahan hati ini menanggung rasa sedih semakin mencengkam. Kawanku, Farah Aimunie dapat mengesan kesedihanku. Aku menceritakan segalanya pada dia. Erat pelukanku padanya sebagai ganti kesedihanku. Setelah hatiku berasa tenang, Aimunie berlalu ke biliknya. Ku berikan senyuman padanya menandakan hatiku kian lega dan sebagai tanda terima kasihku padanya kerana berada di sampingku. ‘Jazakillah khair kathira aimunie’. Hari-hari berikutnya di lalui dengan tenang berkat dariNya. Sungguh! Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Sejak hari itu, aku mengenali erti persahabatan. Seorang sahabat yang baik akan berada bersama kita tatkala kita suka mahupun duka. Sahabat yang baik, apabila kita melihatnya akan mengingatkan kita pada Yang Esa. Alhamdulillah Allah kurniakan aku seorang sahabat yang baik.



sekian~ :)

~Aku Rindu~

Ya Allah,

Aku sangat merinduinya Ya Allah,
Saat di mana ku rasakan aku sangat dekat kepadaMu,
Saat di mana ku rasa nikmatMu sungguh tidak ternilai, Alhamdulillah
Saat di mana ku rasa aku mahu hidup bersamanya selamanya,
Ya, saat itulah.


Namun Ya Allah,
Aku redha dengan takdirMu,
Aku tahu ini yang terbaik buat hambaMu,
Ku gagahkan jua hati ini untuk berpisah dengannya,
Ku tabahkan diri ini untuk pergi jauh darinya,
Sungguh, Engkau Yang Maha Mengetahui.


Gelak, tawa, senda, gurau, tangis, suka, duka,
Akan ku bawa bersama,
Akan ku simpan kemas di dalam ingatan,
Akan ku kunci kenangan itu di dalam sanubariku,
InsyaAllah.


Allah. Allah. Allah.
Jatuh lagi air mata ini.
Sampaikanlah angin rinduku pada....



KENANGAN-KENANGAN di LAUNCESTON, TASMANIA...

Jumaat, 10 Februari 2012

~KiSah PerJalanAn HiduPku Part 2~



Tanggal 11 feb 2011, kami berangkat ke tasmania. Saat keberangkatan kami ke sana, hatiku sungguh berdebar-debar. Tidak tahu apa yang akan kami lalui di bumi asing nanti. Setibanya di tasmania, kami disambut baik oleh pelajar2 senior di sana. Kebanyakan mereka membuat master dan phd. Di tasmania, kami tinggal bersama seorang senior yang bekerja sebagai intern di Launceston General Hospital di sana. Kakak tersebut baru menamatkan pengajiannya di Melbourne University pada tahun 2010. Sepanjang kami di sana pelbagai pengalaman yang saya dapat. Usrah dijalankan seperti biasa agar hati kami sentiasa dibasahi dengan tarbiyah yang sentiasa mengingatkan kami kepadaNya. Alhamdulillah.

Hari-hari di sana ku lalui dengan penuh tabah. Sudah banyak kali air mata ini jatuh kerna memikirkan masa hadapan yang belum ada kepastiannya. Masalah sesama rakan serumah memang tidak dapat dielakkan. Ada sahaja yang tidak kena. 'Dugaan' bilang ibu dan ayahku. Allah hendak mendidikku menjadi lebih sabar. InsyaAllah.

Bulan April menjelang. Ini bermakna ujian ISAT semakin hampir. Kami membuat persediaan menghadapinya. Kali ini lebih serius berbanding dengan sebelumnya. Namun, rezeki tidak menyebelahi kami semua. Hanya dua drpd kami yang mampu melayakkan diri untuk ke kursus perubatan di sana. Itu pun cukup2 makan. Rezeki mereka. Aku redha. Pasti ini yang terbaik untukku. Perjalanan di tasmania tetap ku teruskan dengan gagah. Walaupun keputusan peperiksaan akhir tahun tidak diambil kira bagiku, namun aku hendak melakukan yang terbaik. Pendirianku tetap teguh. Yuran pengajianku di sini ialah duit rakyat. Aku tidak boleh mensia-siakannya. Pada masa yang sama hati ini berasa gundah. Ke mana lagi yang akan aku pergi. Sekali lagi air mata ini mengalir. Laju. Tidak dapat ku tampung lagi. Aku ceritakan perasaanku pada abangku di US. Pendengar segala keluh kesahku. Aku tidak mahu menambahkan beban di kepala ayah dan ibuku. Sudah banyak aku susahkan mereka. Cukuplah.

Di malaysia, ayahku dan ayah kepada kawanku turun naik pejabat Mara untuk membincangkan hal ini. Ibu bapa yang lain2 jua turut serta. Akhirnya, Mara mahu bertanggubgjawab atas segala yang berlaku. Syukur. Mara menberitahu bahawa kami boleh memohon mana2 sahaja universiti di dunia yang kami mahu. Harapan kembali menyinari hidup kami. Semua universiti di Australia kami semak. Syarat2 kemasukan dan sebagainya. Kami membuat keputusan untuk memohon western sydney university(UWS) dan james cook university(JCU). Bagi western sydney university, kami memohon bantuan agent lain(C) bukan lagi agent B kerana agent B telah melakukan sesuatu yang membangkitkan kemarahan pihak Mara. Manakala untuk JCU, agent B memaklumkan bahawa mereka boleh menolong kami. Lalu harapan kami berikan pada mereka sekali lagi.


sekian sahaja untuk kali ini. akan bersambung dalam bahagian seterusnya. iA :)





Ahad, 29 Januari 2012

~SyUkuR~

Syukur tak terhingga atas hidayahMu ke atas rakan-rakan seperjuanganku Ya Allah :)

Tunjukilah mereka jalan yang benar dan biarlah mereka sentiasa bersama orang-orang yang beriman.

Amin.

Jumaat, 27 Januari 2012

~KiSah PerJalanaN HiDupKu Part 1~

Assalamualaikum wbt

Setiap orang pasti mempunyai jalan cerita masing2. Begitu juga diri ini. Cerita ini bukanlah untuk meraih simpati atau mencari publisiti tetapi ianya sebagai pengajaran dan tauladan untuk diri ini dan orang lain juga. Perjalananku bermula...

Hari pertama tiba di sebuah pusat pengajian tinggi swasta sbg tempat melaksanakan program foundation sungguh mendebarkan. Kelihatan rakan2 yang sebaya denganku tiba bersama ibu bapa masing2. Hati ku semakin bimbang. "mesti pandai2 ni. Cuak la"

Setelah proses pendaftaran selesai, kami dibawa ke rumah penginapan. Kami diberitahu bahawa setiap hari akan ada bas yang mengambil kami dari tempat penginapan kami. Hatiku lega kerana tidak perlu berebut-rebut menaiki kenderaan awam. Tidak mahu kejadian masa silam berulang kembali. Sekali sudahlah. Sesampainya di rumah yang telah ditetapkan, aku takut kerana tidak mempunyai teman dari bangku sekolah yang sama. Kenalan baru. Masing2 dengan gaya dan gelagat tersendiri. Resah. "aduh, kena buat rakan sekali lagi.tak apalah, kan best ramai kenalan." sengaja mahu menyedapkan hati. Setelah ibu bapaku pulang, aku bersendirian. Menyudahkan kerja menyusun pakaian dan peralatan. Alhamdulillah kehidupanku di rumah tersebut serba sedikit banyak mengajarku erti persahabatan, kesabaran, ketabahan, berdikari dan byk lagi.

Setiap hari ku tempuh dengan berkat doa ibu bapaku. Setiap kali peperiksaan bagi setiap sem berlangsung, pasti ayahku akan berpuasa. Bangun malam. Memohon agar semuanya lancar bagiku. Ada satu kali, barangkali sem terakhirku, selesema ku berterusan, teruk. Esok periksa. Malam itu juga ayah dan ibuku menghantar ubat selesema dan lelah untukku. Bimbang aku tidak dapat belajar untuk periksa esok hari. Tatkala memikirkan hal itu, hatiku tersentuh. Sayang sungguh mereka terhadapku. Sungguh! Banyak lagi perkara yang mereka lakukan untukku. "Ya Allah aku bersyukur padaMu atas kurniaMu terhadapku." Pintaku padaNya. Pernah suatu ketika, masalah tentang seorang kawan merundungku. Hati ini sering sahaja tidak tenteram. Diri ini tahu, masih jauh lagi perjalananku. Banyak lagi yang perlu ku tempuh. Alhamdulillah, Akhirnya keputusan dibuat. Cukuplah setakat ini. Alhamdulillah Allah memberiku kekuatan dan petunjuk menghadapi semua ini. Doa ibu tidak ketinggalan. Semua masalahku, diceritakan pada ibuku. Tidak satu pun ku rahsiakan.

Setelah setahun berlalu, keputusan akhir peperiksaan keluar. Alhamdulillah, keputusanku lepas untuk melayakkanku pergi ke Poland. Hatiku memanjatkan kesyukuran padaNya atas kurniaanNya. Waktu itu sudah masuk bulan 8 tahun 2010. Kebiasannya pelajar2 ke poland akan bertolak ke sana pada akhir bulan 9atau awal bulan 10. Perasaan gemuruh berbaur risau memenuhi segenap ruang hatiku. Manakan tidak, tidak pernah ku rasakan jarak pemisah yang begitu jauh antara diriku dan keluargaku. Namun, hati digagahi jua. Memohon kekuatan dari Nya itu satu kemestian iA. Masuk bulan ke 9, tiada berita dikhabarkan oleh pihak uni. Hatiku risau. Pada suatu petang, satu panggilan dari temanku yang akan turut bersamaku ke Poland diterima olehku.

Teman: assalamualaikum dijah.
Saya: waalaikumussalam ye.
Teman: nak tnya ni, dijah ada dapat panggilan dari miss A?
Saya: xde pulak. Kenapa? Ada pape ke?
Teman: xde. Tadi miss A call sy, dy kate......

Temanku itu meneruskan percakapannya. Kedengaran suaranya teresak2, baki dia menangis sebelum dia menefonku. Tatkala dia menyatakan bahawa universiti di poland tidak dapat menerima kami, jatuh berguguran air mata ini. Hatiku hancur. Luluh. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Lebur. Segala harapan lenyap secara tiba2. Dikala itu kami diberi dua pilihan oleh pihak universiti(tmpt kami membuat foundation). Pilihan pertama; sambung ke sebuah universiti di Bangalore selama 5 thun, universiti tersebut di bawah universiti yang sama kami membuat foundation. Pilihan kedua; sambung setahun uni di Bangalore dan pergi ke poland pada tahun berikutnya iaitu september 2011. Sukar bagiku untuk membuat pilihan. Pilihan pertama, sudahlah kami dipermainkan oleh pihak universiti, sudah tidak mahu kami mengambil risilo sekali lagi diperlakukan sebegitu rupa. Pilihan kedua, jikalau pada tahun hadapan mara tidak mahu menukar kontrak perjanjian, kami akan meneruskan pengajian di universiti di Bangalore. Kedua-dua pilihan mempunyai risiko masing2. Buntu. Tidak tahu apa yang perlu aku pilihkan. Solat istikharah dilakukan bagi mendapatkan petunjuk dariNya. Sementara ayah dan ibuku serta ibu bapa kawan2 yang lain berusaha ke pajabat Mara bagi mendapatkan tempat yang terbaik buat kami semua. Usaha demi usaha, idea demi idea dikeluarkan dan dicadangkan kepada pihak mara. Syukur kerna pihak mara sanggup untuk menebus kesalahannya. Kami diberi peluang untuk pergi ke mana sahaja yang kami mahu. Pada masa itu, hanya universiti2 di australia dan new zealand sahaja yang masih dibuka tawaran kemasukan ke sekolah perubatan. Jadi kami memohon untuk pergi ke sana. Mara memohon bantuan agent baru(B) kerana agent mara tidak sanggup menguruskan kami kerna kami sudah terlalu lewat untuk memohon memasuki sekolah perubatan di oz dan nz. Syukur yang tidak terhingga kerna kami mendapat tawaran untuk memasuki sekolah perubatan di University of Tasmania(utas) dengan syarat kami membuat ISAT(international student admission test) dan melepasi requirement pihak sekolah perubatan. Namun, rezeki kami tiada. Kesemua kami tidak lepas tahap minimum yang diperlukan. Maka kami masih diterima untuk memasuki sekolah perubatan dengan syarat. Kami dikehendaki membuat satu tahun dalam bidang Biomedical Science dan mendapat aveage distinction dalam peperiksaan serta melepasi requirement ISAT. Kami akur dengan syarat yang diberi. Setelah itu, urusan visa dan sebagaimya dilaksanakan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Berakhirnya part 1. insyaAllah akan bersambung pada bahagian seterusnya. sy buat part2 ni sebab ceritanya panjang sangat ;) jenuh nak baca sekali cerita je..hehe


take it easy ok! :)