CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 25 Mei 2012

~SeSuaTu~


Subhanallah! Sungguh saya rindu bunga ini :')


Assalamuaalaikum wbt.

Alhamdulillah peperiksaan semester 1 baru sahaja tamat. Semuanya Alhamdulillah berjalan lancar, kuasa Allah. ok, back to my story here in india :). Sungguh kehidupan di sini banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih baik, lebih berjaya, alhamdulillah. Setiap hari yang saya lalui di sini banyak mengajar saya erti seorang manusia, hamba Allah yang bersyukur. Setiap hari, setiap kali pergi ke dan pulang dari kelas pasti ada perkara yang menarik perhatian saya. The people around here really teach me 'something' about life. 





Di sini, saya dapat lihat bagaimana kaum wanita mempertahankan pemakaian saree meskipun mereka menyapu sampah, mencabut rumput di tengah-tengah padang atau melakukan kerja apa sekalipun. Walaupun kita fikir pemakaian saree agak menyukarkan bagi kita untuk membuat kerja, namun itu tidak berlaku pada kaum wanita di sini. Mereka masih boleh melakukan kerja seperti biasa. Dapat saya kaitkan dengan kehidupan kita as a muslim bahawa kita perlu hidup dengan Islam tidak kira apa keadaan sekalipun. Tatkala senang, mahupun susah. Ayat Al-Quran ada berbunyi:


 ' Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semuanya ke dalam Islam secara kaffah dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya dia itu musuh yang nyata bagimu.' (Al-Baqarah 208)


Ayat AQ telah menyatakan bahawa, sebagai seorang Islam kita perlulah masuk secara menyeluruh. Jangan kita pilih benda yang memudahkan bagi kita, kita ikut. Benda yang menyusahkan kita, kita tolak. Pada saya, banyak contoh yang boleh kita lihat. Satu benda yang saya boleh kongsi ialah dari segi pemakaian. Islam telah melandaskan cara-cara pemakaian yang dibenarkan dan tidak. Mungkin pada sesetengah orang (Islam or not) menganggap cara-cara yang dilandaskan itu menyusahkan or 'kuno'. Tapi bagi saya, sungguh, yang Islam gariskan banyak faedah yang boleh kita dapat. 



Pernah satu hari, kawan saya yang bukan muslim pulang dari membeli belah pada waktu tengah hari. Mereka melihat saya dan Nabilah keluar menuju ke kedai makan. Then, mereka tegur,


" U guys untung la pakai baju lengan panjang, tutup semua. Kami habis 'burn' kena sunlight."



See..Islam itu indahkan :). Saya tersenyum mendengar pernyataan mereka itu :D Allah Maha Besar! Sungguh, syariat yang Allah aturkan untuk hambaNya sebenarnya memberi manfaat dan bukan mudharat :)

Sungguh banyak lagi yang saya pelajari saban hari. Tapi, xnaklah tulis semua dalam satu post. Nanti panjang sangat pulak..hehe. 

Akhir kalam, semoga hari ini lebih baik dari semalam insyaAllah.

salam ukhuwah :)
 

9 comments:

Tanpa Nama berkata...

siti xtgk ke masyarakat islam di sana? =)

sungguh islam itu indah dan islam juga fitrah setiap manusia..bek lah..sy bg klu siapa sy....

tuan empunya diri ini adalah bekas intergomb =)

Siti kHaDiJah biNTi maZLi berkata...

nnti sy cerita tntg msyrakat islam kat sini, insyaAllah. ingtkan sy ye?

hmmm..rasa mcm kenal sbb panggil 'siti'
ni liyana sulaiman ea???!! tlg ckp betul ;)

Tanpa Nama berkata...

insyallah sy engtkan...

mestilah salah....sy seorang lelaki...sy mmg berkata benar nie siti =)

Siti kHaDiJah biNTi maZLi berkata...

oh, kejap. ni muaz ab rashit ke?

Tanpa Nama berkata...

absolutely correct siti@djah...=)

macam mana awk taw?

Siti kHaDiJah biNTi maZLi berkata...

sy sekadar meneka.

Tanpa Nama berkata...

sungguh pandai awak meneka even sy berckp dgn cara yg lain...

jgn lupa bt post baru ea siti....=)

liyana sulaiman berkata...

sitiiii, kita dah baca blog siti.. haha.. finaly^_^
siti tulis byk2 tau, nnti kita selalu update cite siti.. uhibbuki fillah<3

Jejaka Nirman berkata...

Salam,macam mana buat lagu background tu?..

Catat Ulasan