CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 29 Jun 2013

~PeraSaaN itu haNya ALLAH yang Tahu~

Assalamualaikum wbt.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Syukur, masih dikurniakan Ilahi nikmat Iman dan Islam dan masih bernafas sehinggan ke hari ini. Allah sungguh besar nikmatMu.

Kehadiran post pada kali ini ingin berkongsi cerita mengenai kejadian yang baru sahaja berlaku. Di bumi ini. Bumi India. Allah..syukur kerana rasa ini. Rasa apabila kita dapat menghulurkan sedikit pertolongan kepada orang lain, tidak banyak, sikit sangat jika hendak dibandingkan dengan pertolongan Allah pada diri ini yang sungguh kerdil. 

Kami di India, tenaga pekerja sangat murah. Memandangkan kami tidak punya masa untuk menguruskan hal-hal rumah, di samping jadual sekolah yang agak padat, jadi kami mengambil keputusan untuk mengambil pembantu rumah. Mereka datang seminggu sekali. Pada hujung minggu. Bayarannya cuma RM30. 


Setiap kali datang, aka(maid) akan melakukan kerjanya seperti biasa. Menyapu, ,mengemop, membersihkan tandas etc. Mereka buat kerja sebaik muungkin. Meskipun penat, senyuman masih terukir di bibir. Ya Allah, sungguh kuat mereka ini. 

Pada minggu ini, seperti biasa mereka datang. Aka bercerita mengenai atap rumahnya yang bocor. Katanya dia perlu membeli plastik besar sebagai 'ceiling' rumahnya. Harga barang tersebut rs2400 atau RM200. Dan itu dikira agak mahal untuk orang seperti mereka dimana gaji sebulan lebih kurang rs6000-7000. Katanya lagi, bajunya berkulat dek kerana hujan berterusan dan atapnya bocor. Allah..aku duduk di rumah selesa ini, kasihanilah mereka. Saat mereka pulang, kami serumah memberikan sedikit wang lebih untuk perbelanjaan rumahnya. Saat kami memberikan wang tersbut di tangannya, aka sedang bercakap di telefon. Dia tidak sempat melihat dan mengira wang tersebut. Lalu dia pun beredar. Tidak lama selepas itu, loceng rumah berbunyi. Ternyata aka tersebut datang semula. 


"why the money has extra you give to me?" kata aka tersebut.

"oh, aka u take it. its for your expenses" balas saya.

Tergambar senyuman di wajahnya. Alhamdulillah, hari ini ada wajah yang tersenyum.Sekembalinya di bilik, air mata menitis. Ya Allah, mereka sesusah itu tapi masih jujur dalam kehidupannya. 

'dan nikmat tuhanMu yang manakah kamu dustakan?' (Ar-rahman)


Allhu rabbi. Iktibar besar untuk hari ini.
Wallahu'alam.