CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 22 Disember 2011

~Kematian itu sesuatu yang pasti~

Assalamualaikum wbt...


Benarlah Allah berkata:...

كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدْخِلَ ٱلْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

-Ali Imran 2;185-



Tatkala medengar berita kematian kakak kepada sahabat karibku, jantung ini bagaikan terhenti seketika. Lidahku kelu. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Hanya sekadar nasihat bersabar yang mampu ku lontarkan. Sungguh, janji Allah itu memang2 benar.


Tidak Allah lambatkan walau sesaat, tidak Allah cepatkan walau sesaat. Seperti yang tertulis di dalam firmanNya:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌۭ ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةًۭ ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

-Al-A'raf 7; 34-


Risau. Bimbang. Cukupkah amalan yang selama ini dilakukan andai sesaat, sejam, seminggu dan dan dan Allah ambil nyawaku. Cukupkah apa yang telah kita lakukan untuk menghadap Sang Pencipta? Tepuk dada tanya iman.


Sebagaimana yang disebut dalam hadith riwayat Muslim:

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal,

1. Sedekah jariyah,

2. Ilmu yang bermanfaat, atau

3. Anak soleh yang mendoakannya


Maka dengan itu, tanya sama diri sendiri. Sudah sempurnakah ketiga-tiganya? Hati tertanya-tanya. Yang ketiga sudah pasti tiada dikala umur ini. Yang pertama dan kedua? Masih tertanya-tanya. Cukupkah sedekah yang selama ini dilakukan jika hendak dibandingkan dengan Saidina Abdul Rahman bin Auf yang pernah mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, membiayai peperangan dengan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya, pakaian makanan untuk dipergunakan para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 ekor unta. Sungguh! Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau. Hati terdiam. Yang ketiga, ilmu yang bermanfaat. Ya Allah kerdil sungguh hambaMu ini. Umur baru mencecah 20 tahun. Banyak manalah sumbangan jika hendak dibandingkan dengan Ibnu Sina yang menjadi Tokoh Perubatan dalam Dunia Islam suatu masa dahulu dan namanya masih kekal hingga hari ini. Allah! Allah! Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Besar Maha Kuasa. Hati kembali terdiam.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,
Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini,
Kurniakanlah rahmat ke atas hambaMu ini,
Bantulah hambaMu menjalani kehidupan berasakan landas-landas yang Engkau tetapkan,

Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini pada jalanMu!
Amin.

salam ukhuwah~