CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 21 Februari 2012

~Kisah PerJalanaN hidupkU Part 4~




Hari-hari yang berikutnya kulalui seperti biasa. Maklum balas dari UWS masih tidak ku terima. Hatiku bimbang lalu aku memberitahu ayahku. Setelah dipastikan dengan agent C, mereka memaklumkan bahawa ada borang permohonan kosong atas namaku yang dihantar oleh agent B dan disebabkan itu pihak universiti tidak memberikan maklum balas padaku. Satu lagi musibah yang menimpa diriku. ‘Kenapa agent B sanggup berbuat begitu padaku? Apa salahku?’ Allah. Dengan berita tersebut maka lenyaplah satu peluang untukku di Australia. Dan sekali lagi air mata ini mengalir laju. Ya Allah besarnya dugaanMu padaku. Kuatkanlah hatiku. Pintaku pada Sang Pencipta saban hari.

Ku gagahkan hati melalui hari-hari seterusnya. Peperiksaan akhir semester pun menjengah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancer. Allah mempermudahkannya bagiku, sungguhpun ia tidak diperlukan bagi memohon mana-mana university. Tidak mengapalah. Ini amanahku. Aku akan berikan yang terbaik, insyaAllah.

Tanggal 11 november, kami pulang ke Malaysia, tanah airku yang tercinta. Sesampainya di LCCT, kedua ibu bapaku sudah menungguku di sana. Terukir senyuman di wajah mereka. Sungguh! Wajah-wajah ini yang begitu ku rindu. Erat pelukan ibuku. Kami kemudian pulang ke rumah, berjumpa dengan sanak saudara yang lain. Syukur kerana aku masih diberi kesempatan berjumpa dengan mereka lagi.

Satu hari, agent B memberitahu bahawa saya dan kawanku lagi seorang, Nabilah Syahirah mendapat peluang interview stage 2 oleh JCU dengan syarat kami perlu melakukan IELTS dengan kesemua components mendapat 7.0. IELTS sebelum ini markah kami tidak begitu tinggi. Harapan tidak kuberikan terlalu tinggi. Tidak mahu kecewa. Sebelum itu, dua orang lagi kawanku, aliah dan dhila telah selesai di’interview’ oleh JCU dalam interview stage 1. Sudah rezeki mereka, akhirnya mereka mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke JCU dengan syarat yang sama. Kami bersama-sama pergi ke kelas preparation IELTS bagi memperoleh keputusan yang diperlukan.

Sebelum peperiksaan IELTS berjalan, agent B memberitahu saya mengenai keputusan interview JCU stage 2. JCU memaklumkan bahawa kemasukan ke JCU telah penuh bagi medical school, jadi kami tidak berpeluang ke sana. Tatkala mendengar berita itu, hatiku cukup tenang. Tidak ada yang ku kesalkan. Syukur Alhamdulillah, Allah berikan keputusan yang terbaik bagiku.

Nak tahu kenapa ia terbaik bagiku? Nantikan part seterusnya :)

Selasa, 14 Februari 2012

~KiSah PeRjalaNan HiDuPku Part 3~


Setelah permohonan dibuat, rakan2 ku yang lain mendapat maklum balas dari UWS tetapi tidak untukku. ‘tidak mengapalah. Mungkin nanti adelah tu.’ Sengaja ku mahu menyedapkan hati. Tidak lama selepas itu, kami mendapat tahu bahawa UWS meminta kami mengambil IELTS. Ohhh, pahitnya. Tatkala itu kami bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Walaubagaimanapun, persediaan tetap dilakukan. Sungguh, perasaanku bercampur-baur. Risau. Kami Cuma mempunyai 2 minggu sebelum IELTS berlangsung ditambah dengan peperiksaan akhir semester beberapa minggu lagi. Kalut. Setiap malam digagahkan jua memohon kekuatan daripada Sang Pencipta.

24 september. Hari yang ditunggu-tunggu muncul. Kami memulakan langkah kanan keluar dari rumah menuju ke dewan peperiksaan. ‘Allah, tenangkanlah hati.’ Peperiksaan IELTS pada pagi (listening, reading, writing) itu berlangsung dengan baik sekali. Pada sebelah petang, ujian speaking akan dijalankan. Sewaktu tiba masaku petang itu, langkah kanan aku melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Pada awalnya, perbualan aku dan pemeriksa baik. Sampai di section 3, lidahku kelu. Perkataanku tunggang terbalik. Jawapan yang diberi tidak menepati soalan yang diberi. Setelah lebih kurang 15 minit, ujian speaking tamat. Keluar sahaja dari dewan peperiksaan, laju sahaja air mata ini mengalir. ‘Allah, kuatkan hatiku. Redhakanlah hati ini dengan keputusanMU. Aku tawakal padaMu.’ Acapkali doa ini dibaca di dalam hati. Tatkala itu juga, aku menelefon ibu bapaku. Mengadu tentang perihal peperiksaan IELTS. Hatiku tenang setelah mendengar nasihat dari ibu bapaku. Syukur Alhamdulillah.









Aku melangkahkan kaki pulang ke rumah berjumpa dengan rakan-rakanku yang lain. Senyuman masih terukir dibibir, tidak mahu rakan-rakanku menghidu kesedihan yang menguasai diri. Namun, aku hanya manusia biasa. Tidak tertahan hati ini menanggung rasa sedih semakin mencengkam. Kawanku, Farah Aimunie dapat mengesan kesedihanku. Aku menceritakan segalanya pada dia. Erat pelukanku padanya sebagai ganti kesedihanku. Setelah hatiku berasa tenang, Aimunie berlalu ke biliknya. Ku berikan senyuman padanya menandakan hatiku kian lega dan sebagai tanda terima kasihku padanya kerana berada di sampingku. ‘Jazakillah khair kathira aimunie’. Hari-hari berikutnya di lalui dengan tenang berkat dariNya. Sungguh! Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Sejak hari itu, aku mengenali erti persahabatan. Seorang sahabat yang baik akan berada bersama kita tatkala kita suka mahupun duka. Sahabat yang baik, apabila kita melihatnya akan mengingatkan kita pada Yang Esa. Alhamdulillah Allah kurniakan aku seorang sahabat yang baik.



sekian~ :)

~Aku Rindu~

Ya Allah,

Aku sangat merinduinya Ya Allah,
Saat di mana ku rasakan aku sangat dekat kepadaMu,
Saat di mana ku rasa nikmatMu sungguh tidak ternilai, Alhamdulillah
Saat di mana ku rasa aku mahu hidup bersamanya selamanya,
Ya, saat itulah.


Namun Ya Allah,
Aku redha dengan takdirMu,
Aku tahu ini yang terbaik buat hambaMu,
Ku gagahkan jua hati ini untuk berpisah dengannya,
Ku tabahkan diri ini untuk pergi jauh darinya,
Sungguh, Engkau Yang Maha Mengetahui.


Gelak, tawa, senda, gurau, tangis, suka, duka,
Akan ku bawa bersama,
Akan ku simpan kemas di dalam ingatan,
Akan ku kunci kenangan itu di dalam sanubariku,
InsyaAllah.


Allah. Allah. Allah.
Jatuh lagi air mata ini.
Sampaikanlah angin rinduku pada....



KENANGAN-KENANGAN di LAUNCESTON, TASMANIA...

Jumaat, 10 Februari 2012

~KiSah PerJalanAn HiduPku Part 2~



Tanggal 11 feb 2011, kami berangkat ke tasmania. Saat keberangkatan kami ke sana, hatiku sungguh berdebar-debar. Tidak tahu apa yang akan kami lalui di bumi asing nanti. Setibanya di tasmania, kami disambut baik oleh pelajar2 senior di sana. Kebanyakan mereka membuat master dan phd. Di tasmania, kami tinggal bersama seorang senior yang bekerja sebagai intern di Launceston General Hospital di sana. Kakak tersebut baru menamatkan pengajiannya di Melbourne University pada tahun 2010. Sepanjang kami di sana pelbagai pengalaman yang saya dapat. Usrah dijalankan seperti biasa agar hati kami sentiasa dibasahi dengan tarbiyah yang sentiasa mengingatkan kami kepadaNya. Alhamdulillah.

Hari-hari di sana ku lalui dengan penuh tabah. Sudah banyak kali air mata ini jatuh kerna memikirkan masa hadapan yang belum ada kepastiannya. Masalah sesama rakan serumah memang tidak dapat dielakkan. Ada sahaja yang tidak kena. 'Dugaan' bilang ibu dan ayahku. Allah hendak mendidikku menjadi lebih sabar. InsyaAllah.

Bulan April menjelang. Ini bermakna ujian ISAT semakin hampir. Kami membuat persediaan menghadapinya. Kali ini lebih serius berbanding dengan sebelumnya. Namun, rezeki tidak menyebelahi kami semua. Hanya dua drpd kami yang mampu melayakkan diri untuk ke kursus perubatan di sana. Itu pun cukup2 makan. Rezeki mereka. Aku redha. Pasti ini yang terbaik untukku. Perjalanan di tasmania tetap ku teruskan dengan gagah. Walaupun keputusan peperiksaan akhir tahun tidak diambil kira bagiku, namun aku hendak melakukan yang terbaik. Pendirianku tetap teguh. Yuran pengajianku di sini ialah duit rakyat. Aku tidak boleh mensia-siakannya. Pada masa yang sama hati ini berasa gundah. Ke mana lagi yang akan aku pergi. Sekali lagi air mata ini mengalir. Laju. Tidak dapat ku tampung lagi. Aku ceritakan perasaanku pada abangku di US. Pendengar segala keluh kesahku. Aku tidak mahu menambahkan beban di kepala ayah dan ibuku. Sudah banyak aku susahkan mereka. Cukuplah.

Di malaysia, ayahku dan ayah kepada kawanku turun naik pejabat Mara untuk membincangkan hal ini. Ibu bapa yang lain2 jua turut serta. Akhirnya, Mara mahu bertanggubgjawab atas segala yang berlaku. Syukur. Mara menberitahu bahawa kami boleh memohon mana2 sahaja universiti di dunia yang kami mahu. Harapan kembali menyinari hidup kami. Semua universiti di Australia kami semak. Syarat2 kemasukan dan sebagainya. Kami membuat keputusan untuk memohon western sydney university(UWS) dan james cook university(JCU). Bagi western sydney university, kami memohon bantuan agent lain(C) bukan lagi agent B kerana agent B telah melakukan sesuatu yang membangkitkan kemarahan pihak Mara. Manakala untuk JCU, agent B memaklumkan bahawa mereka boleh menolong kami. Lalu harapan kami berikan pada mereka sekali lagi.


sekian sahaja untuk kali ini. akan bersambung dalam bahagian seterusnya. iA :)