CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 24 September 2010

~SeDih~

Assalamualaikum wbt...

bismillahirrahmanirrahim..

sedih?sayu?hurm,tidak tahu ap y harus saya katakan lg..
setiap kali hari jumaat menjelang,hati ini bagaikan dicucuk2 dgn jarum..
sakit?..ya,sakit..pedih..hancur..berderai..



mengapa?ingin kamu semua tahu??



ini kerana,di tempatku,menjelang hari jumaat masih ada lagi..
ada lagi manusia,lelaki,sebangsa dgnku...seagama dgnku..
y tidak menjejakkan kaki ke masjid bg menunaikan solat Jumaat..
sayu hati ini melihat mereka..
tidakkah mereka sedar bahawa kewajipan menunaikan solat jumaat telah dperintahkan Allah sejak dahulu lg..
tidakkah mereka mengetahuinya??

si isteri,
tidakkah mereka tahu bahawa seharusnya suaminya perlu menunaikan kewajipan ini??
sampai hati mereka mangajak suami pergi membeli-belah di pasar raya...
sedih,
sepatutnya,sekiranya suami terlupa,si isteri perlu mengingatkan suami..
sekiranya raya tiba,pantas si isteri akan mengingatkan suaminya tentang keperluan raya..
tapi kenapa tidak kali ini???

anak2 muda,
pulangnya dari sekolah..pasar raya y menjadi tempat lepak..
sedangkan khutbah sedang diucapkan,didengarkan kepada mereka y berada di dalam masjid..
di mana kesedaran mereka??
barangkali mereka berfikiran,mati lama lagi..
tapi,ingatlah wahai orang muda,
ajal tidak mengenal usia..
maut tidak mengenal pangkat & darjat..
sedarlah...

ingatlah,ALLAH telah berfirman dalam surah Al-Jumu'ah ayat 9:

"Wahai orang yang beriman, Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi mengingati Allah (Ke masjid untuk mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkan berjual beli, yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui"


sabda Nabi juga ada menyebut:

"Solat Jumaat adalah hak yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim lelaki dengan berjemaah....."

oleh itu,bangkitlah wahai saudara-saudaraku..
hari Kiamat bakal menjelang..

Ya ALLAH,
lindungilah daku dan ahli keluargaku
serta guru2,rakan2ku
dari perkara yang Engkau murkai..
berikanlah mereka hidayah agar kembali ke jalan MU..
amin~




salam ukhuwah~





0 comments:

Catat Ulasan