CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 5 Januari 2011

~7 SunNah Rasulullah SAW~



Assalamualaikum wbt...


Kadang2 hati berbisik,

'sudah cukupkah amalan ku andai esok aku pergi'
'sudah selesaikah tanggungjawabku kepada agamaku?'
'sudah kah itu....sudahkah ini...'

berbagai-bagai persoalan muncul di benak fikiran dan sudut hati...hanya Dia yang tahu jawapannya..



kadang2,hati rasa bagai ditarik oleh satu perasaan...

tapi perasaan itu sukar di tafsir...

andaiku tahu,pastikan ku cari jalan penyelasaiannya...

Ya ALLAH,berilah ku kekuatan...






ok,apa y ditulis di atas tidak berkaitan dgn tajuk kita pada hari ini..hehe..

maaf andai kalian rasa itu membosankan.. :)

makanya,ada beberapa sunnah Nabi kita yang sangat digalakkan bagi kita untuk melakukannya..


1)tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2) membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3) jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5) jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6) jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7) amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. InsyaALLAH.

semoga kita semua dapat mengambil pengajaran,InsyaALLAH~



p/s:sungguh bernilai bunga mawar itu.

salam ukhuwah~

0 comments:

Catat Ulasan