Assalamualaikum wbt...
Benarlah Allah berkata:...
كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدْخِلَ ٱلْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلْغُرُورِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
-Ali Imran 2;185-
Tatkala medengar berita kematian kakak kepada sahabat karibku, jantung ini bagaikan terhenti seketika. Lidahku kelu. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Hanya sekadar nasihat bersabar yang mampu ku lontarkan. Sungguh, janji Allah itu memang2 benar.
Tidak Allah lambatkan walau sesaat, tidak Allah cepatkan walau sesaat. Seperti yang tertulis di dalam firmanNya:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌۭ ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةًۭ ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
-Al-A'raf 7; 34-
Risau. Bimbang. Cukupkah amalan yang selama ini dilakukan andai sesaat, sejam, seminggu dan dan dan Allah ambil nyawaku. Cukupkah apa yang telah kita lakukan untuk menghadap Sang Pencipta? Tepuk dada tanya iman.
Sebagaimana yang disebut dalam hadith riwayat Muslim:
إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ
Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal,
1. Sedekah jariyah,
2. Ilmu yang bermanfaat, atau
3. Anak soleh yang mendoakannya
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,
Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini,
Kurniakanlah rahmat ke atas hambaMu ini,
Bantulah hambaMu menjalani kehidupan berasakan landas-landas yang Engkau tetapkan,
Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini pada jalanMu!
Amin.
salam ukhuwah~
0 comments:
Catat Ulasan