CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 14 Februari 2012

~KiSah PeRjalaNan HiDuPku Part 3~


Setelah permohonan dibuat, rakan2 ku yang lain mendapat maklum balas dari UWS tetapi tidak untukku. ‘tidak mengapalah. Mungkin nanti adelah tu.’ Sengaja ku mahu menyedapkan hati. Tidak lama selepas itu, kami mendapat tahu bahawa UWS meminta kami mengambil IELTS. Ohhh, pahitnya. Tatkala itu kami bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Walaubagaimanapun, persediaan tetap dilakukan. Sungguh, perasaanku bercampur-baur. Risau. Kami Cuma mempunyai 2 minggu sebelum IELTS berlangsung ditambah dengan peperiksaan akhir semester beberapa minggu lagi. Kalut. Setiap malam digagahkan jua memohon kekuatan daripada Sang Pencipta.

24 september. Hari yang ditunggu-tunggu muncul. Kami memulakan langkah kanan keluar dari rumah menuju ke dewan peperiksaan. ‘Allah, tenangkanlah hati.’ Peperiksaan IELTS pada pagi (listening, reading, writing) itu berlangsung dengan baik sekali. Pada sebelah petang, ujian speaking akan dijalankan. Sewaktu tiba masaku petang itu, langkah kanan aku melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Pada awalnya, perbualan aku dan pemeriksa baik. Sampai di section 3, lidahku kelu. Perkataanku tunggang terbalik. Jawapan yang diberi tidak menepati soalan yang diberi. Setelah lebih kurang 15 minit, ujian speaking tamat. Keluar sahaja dari dewan peperiksaan, laju sahaja air mata ini mengalir. ‘Allah, kuatkan hatiku. Redhakanlah hati ini dengan keputusanMU. Aku tawakal padaMu.’ Acapkali doa ini dibaca di dalam hati. Tatkala itu juga, aku menelefon ibu bapaku. Mengadu tentang perihal peperiksaan IELTS. Hatiku tenang setelah mendengar nasihat dari ibu bapaku. Syukur Alhamdulillah.









Aku melangkahkan kaki pulang ke rumah berjumpa dengan rakan-rakanku yang lain. Senyuman masih terukir dibibir, tidak mahu rakan-rakanku menghidu kesedihan yang menguasai diri. Namun, aku hanya manusia biasa. Tidak tertahan hati ini menanggung rasa sedih semakin mencengkam. Kawanku, Farah Aimunie dapat mengesan kesedihanku. Aku menceritakan segalanya pada dia. Erat pelukanku padanya sebagai ganti kesedihanku. Setelah hatiku berasa tenang, Aimunie berlalu ke biliknya. Ku berikan senyuman padanya menandakan hatiku kian lega dan sebagai tanda terima kasihku padanya kerana berada di sampingku. ‘Jazakillah khair kathira aimunie’. Hari-hari berikutnya di lalui dengan tenang berkat dariNya. Sungguh! Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Sejak hari itu, aku mengenali erti persahabatan. Seorang sahabat yang baik akan berada bersama kita tatkala kita suka mahupun duka. Sahabat yang baik, apabila kita melihatnya akan mengingatkan kita pada Yang Esa. Alhamdulillah Allah kurniakan aku seorang sahabat yang baik.



sekian~ :)

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

sedih bila membaca nye..kata orang bert mata,memandang berat lagi yg memikul..smga anda dapat kekal tabah menghadapi setiap ujian dariNya...smga Allah merahmatimu dan memberi keredhaanNya keatas dirimu..;)

Khadijah berkata...

Amin insyaAllah..jujur, pernah rasa nak tamatkan belajar tp Alhamdulillah Allah beri kesedaran, jila kita ikhlas menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalan menuju ke syurgaNya. Ameen.

Tanpa Nama berkata...

betol3..(gaya upin ipin)
rasenye semua orang pown penah rase ape yg awak rase tu..termasok yg berkata2 ni pown..tapi yakinlah semua tu ujian daripadaNya utk kt..tiada jalan mudah kan utk berjaya? Smga awak berjaya in life ;)

Khadijah berkata...

Betul tu. Jzkk for the du'a. InsyaAllah semoga Allah izinkan sy utk terus thabat pd jalan ini :)

Catat Ulasan